sYuKiShAk

sYuKiShAk
Masih Jauhkah Perjalanan ini???

Friday, December 31, 2010

PIAGAM 2009 beri pengalaman sebagai seorang GURU..


Pelan Integrasi Antara Guru Awalan Malaysia (PIAGAM) memberi suatu pengalaman yang baru untuk bergelar seorang guru. Program ini dijalankan selama 7 hari untuk memberi peluang dan pendedahan kepada para pelajar IPT yang mengikuti Program Pendidikan. Antara pengalaman yang diperolehi oleh peserta program ialah dalam mendalami kehidupan masyarakat luar bandar dan hala tuju sebenar realiti seorang guru. Selain itu, program yang dijalankan juga memberi peluang kepada peserta untuk latihan praktikal bagi fasa permulaan pengajaran. Saya adalah antara yang dipilh untuk menyertai program ini. Saya ditempatkan di kawasan pedalaman zon pesisir pantai iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Usukan, Kota Belud, Sabah. Walaupun terdapat pelbagai kesusahan dan cabaran, namun program ini mengajar kita erti kesabaran dan keprihatinan yang tinggi. Saya sangat gembira kerana terpilih untuk menyertai program ini. Hal yang demikian kerana hanya 11 peserta sahaja yang akan dipilih untuk menyertai program ini. Saya juga mendapat pelbagai pengalaman pahit manis, suka duka dan berasa sangat seronok menyertai program sebegini. Diharapkan kepada pihak penganjur, semoga program sebegini dapat dijalankan pada tahun depan dan seterusnya untuk peluang bakal-bakal guru yang lain pula.


Gambar Kenangan : Bersama Pelajar Saya iaitu Pelajar Tingkatan 4 Sains Sukan SMK Usukan.

Majlis Perkahwinan Abang Mat & Kak Farehan 2010...


Pada tanggal 26.11.2010 bersamaan Hari Jumaat, Majlis Ijab Qabul antara my brother & pasanganya selamat diadakan di Masjid Kg Pauh, Sungai Yan, Yan Kedah. Oleh itu, bertambah laa seorang lagi anggota keluarga dalam keluarga saya. Biasa laa first time dapat menantu kan, maka betapa gembiranya kedua-dua ibu & ayah saya...hehehehehe....Majlis Kenduri Kahwin diadakan pada 28.11.2010 yang bertemakan Warna Putih & Blue Match adalah pilihan kendua-dua mempelai untuk bergelar Raja Sehari. Manakala untuk rumah Pengantin Lelaki, majlis diadakan pada 04.12.2010 adalah bertemakan Warna Old Purple adalah menarik & sesuai untuk keindahan dan persekitaran majlis perkahwinan yang diadakan..Kepada semua tetamu yang hadir, saya mewakili keluarga saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih yang tak terhingga diatas kesudian tuan-tuan & puan-puan hadir ke majlis perkahwinan yang diadakan...bye..

Thursday, December 30, 2010

Ketika Mengadakan Senamrobik di SMK Ken Hwa, Keningau..


Kami seramai 14 orang yang diwakili 1 Pensyarah, 1 Staff dan 12 Pelajar Sains Sukan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang dijemput untuk mengadakan Acara Senamrobik selama 2 jam. Acara Senamrobik tersebut diadakan di Dewan Besar SMK Ken Hwa, Keningau. Antara peserta yang terlibat ialah semua pelajar Tingkatan 3 sekolah tersebut yang telah menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Dengan semangat MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA, kami terpaksa mengambil masa selama 10 jam perjalanan untuk tiba di sekolah tersebut. Kami disambut oleh guru penyelaras program iaitu Cikgu Gedion. Semua acara selamat dijalankan dalam 2 sesi iaitu Sesi 1 (Pengenalan Aerobik) dan Sesi 2 (Bengkel Latihan Aerobik). Oleh itu, bersama-sama kita memajukan sukan demi Negara Malaysia yang tercinta....

Seorang 'Siswa' Berubah Kepada 'Mahasiswa'...


Setelah 3 tahun mengharungi liku-liku hidup dan cabaran sebagai seorang penuntut universiti. Akhirnya, aku mencapai cita-cita dan harapan dalam hidupku. Aku telah menunaikan janji-janjiku sebagai seorang anak yang ingin melihat harapan kedua-dua orang tua tercapai. Harapan mereka ialah untuk melihat aku mendapat segulung ijazah yang sangat penting untuk hidup ini. Tanggal 11.10.2010 aku menerima segulung harapan itu daripada Y.Bhg Tuan Naib Canselor iaitu Y.Bhg Brig Jen Prof Datuk Seri Panglima Dr Kamaruzaman Hj Ampon. Rasa bangga dan terharu menyelubungi diri ini. Akhir kata, belajar lah sungguh-sungguh untuk kejayaan diri kita sendiri dan untuk harapan kedua-dua orang tua kita. Sekian, terima kasih..