Salam Sejahtera,
hai & ape kabar kepada semua rakan-rakan blog..hehehe... sory2 lame tak muncul dalam dunia keblogan..hehehe...besa laaa..sibuk mencari rezeki untuk future life kan..hehehe
hmmmm apa yang boleh kita kongsi di sini antara sharing dengan caring dan scaring...??
caring membawa maksud menjaga-jaga, membelai, sayang menyayangi dan sebagainya..haaa mcm ne pulak ngan scaring. scaring nie org kata sangat takut lah kan..hehehe jadi yang mana sesuai untuk hidup anda??
renung-renungkan dan selamat berfikir..hehehehe
sYuKiShAk
Saturday, October 8, 2011
Tuesday, February 1, 2011
Tuesday, January 18, 2011
FAEDAH MAJLIS ILMU
Terdapat beberapa faedah atau kebaikan sekiranya kita menghadiri majlis ilmu terutamanya majlis ilmu yang berkaitan dengan Akhirat..
1. Perasaan Syak Kepada Perasaan Yakin
2. Sifat Riak Kepada Sifat Ikhlas
3. Daripada Lalai Kepada Zikir/Ingat
4. Gemar Dunia Kepada Ingat Akhirat
5. Dari Takabbur Kepada Rendah Diri
6. Niat Buruk Kepada Niat Baik
Sunday, January 16, 2011
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTAN KEDAH.....DAULAT TUANKU
Sunday, January 9, 2011
Semangat tengok kawan-kawan dah dapat keja hebat-hebat...
Hmmm pada hari aku berjumpa dengan seorang kawan lamaku. Kami sudah hampir-hampir 6 tahun tidak berjumpa. Aku bersembang dengan dia yang sekarang dia keja di Sarawak. Cuti 3 bulan untuk dia kembali ke kampung. Kini, dia bekerja sebagai Engineer Marine. Dulu dia penah belajar di Akademi Laut Malaysia (ALAM) dalam jurusan tersebut. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain, itulah rezeki kita masing-masing kan. walaupun kita nie manusia yang sama, namun rezeki kita kita tidak tahu di mana-mana kan??.Walaupun pada ketika ini aku belum bekerja, namun aku tetap gembira untuk melihat kawan-kawan ku yang berjaya. Semoga mereka mencapai kejayaan untuk menempuh alam pekerjaan yang mencabar.
Saturday, January 8, 2011
AMAL MAKHRUF NAHIL MUNGKAR
Aku masih disini, mencari sinar yang abadi, untuk menghadapi liku-liku hidup ini, & pastinya aku akan meredah....
Tuesday, January 4, 2011
Ku Hamizan adalah kanak-kanak yang periang, hiperaktif & suka tersenyum....Pemergiannya meninggalkan 1000 kenangan dalam 2000 - 2010...
Tanggal 4 Januari 2011 memberi 1000 kenangan yang tak terhingga kepada semua masyarakat Kg Banggul Tambak & Kg Kilang Kechil, 06720 Pendang, Kedah. Arwah disahkan meninggal dunia disebabkan terjatuh dari basikal dan handle basikal terkena leher arwah. Hal ini menyebabkan arwah tidak dapat makan selama 8 hari berturut-turut. Pemergian Arwah Ku Hamizan bin Ku Halim yang merupakan anak bongsu kepada Pak Ngah Mat & Mak Ngah Diah adalah sangat menyedihkan. Beliau merupakan anak bongsu kepada keluarga itu sangat senang dan mudah untuk bermain dengan rakan-rakannya. Sifatnya yang periang membuatkan semua masyarakat menyukai kepada arwah. Oleh itu, marilah sama-sama kita memulakan bacaan Al-Fatihah kepada Arwah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat muslimin. Amin...
Sunday, January 2, 2011
Nasihat-nasihat Imam Al-Syafiee R.A
4 Perkara Untuk Menjadi Sihat :
- Makan Daging
- Memakai Haruman Wangian
- Kerap Mandi
- Memakai Pakaian Yang Diperbuat Dari Kapas
Azam Baru 2011...
2010 meninggalkan kita dengan tarikh keramatnya 31.12.2010 iaitu pada Hari Jumaat. Segala memori, kenangan dan pengalaman akan ditulis pada helaian terakhir buku 2010. Pada kesempatan kali ini untuk tahun 2011, saya ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011 UNTUK ANDA SEMUA...Semoga azam kita pada tahun 2011 ini membawa keberkatan, kebahagiaan & kemudahan dalam hidup kita...
Seminar Stress & Perubatan Psiko-Spiritual Dedah Ilmu Berguna..
Seminar ini dianjurkan oleh Sekolah Psikologi & Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah pada tahun 2007. Seminar yang dijalankan ini juga bertujuan untuk mendedahkan peserta tentang stress dan cara-cara untuk mengatasinya melalui kaedah perubatan spiritual khususnya dalam kalangan pelajar IPT. Para pelajar IPT seharusnya mendalami ilmu pengetahuan dan informasi seperti ini dalam menghadapi liku-liku hidup dan cabaran sebagai seorang mahasiswa. Oleh itu, bersama-sama kita mendalami ilmu yang berguna ini...
Subscribe to:
Posts (Atom)